Saturday, December 1, 2012

berhati hati

Assalamualaikum..
sekadar ingin memberi sedikit pendapat..
pengunaan:
Allah itu "sweet"
Allah itu "cemburu"
Allah itu "awesome"

phrase ini seakan sudah menjadi trend dalam kalangan umat Islam di Malaysia.. sesungguhnya, hati memang mudah tersentuh dengan perkataan ini, TAPI, sedarkah kita, bahawa perkataan ini seolah2 meletakkan sifat manusia ke dalam namaNya? nauzubillah.. 

jangan permudahkan atau ringankan lidah kita untuk menggunakan perkataan2 ini, kerana kita  tidak perlu meneka-neka akan sifat atau perbuatan Allah dalam pemikiran kita, melainkan cukuplah dengan apa yang kita diberitahu melalui nas dan dalilNya. Sikap meneka-neka dan mengagak-agak inilah satu tipudaya syaitan. "Allah suruh aku solat maghrib 3 rakaat, kalau aku solat maghrib 5 rakaat mesti Allah lebih suka." Nauzubillah.

seperti mana yang sudah kita sedia maklum, Allah mempunyai pelbagai nama, dan antara nama2 yg wajib kita ketahui adalah 99 namaNya.. :) adalah lebih elok jika kita menggunakan Asma ul-husna ini untuk Allah.. Allah itu ar-rahman, maha pemurah.. Allah itu ar-rahim, maha penyayang.. subhanallah.. selain dapat meletakkan nama Allah pada darjat yang tertinggi, kita juga mendapat pahala, hanya dengan menyebut Asma ul-husna.. subhanallah, Allah itu maha pemurah.. :)

berhati-hati dalam menggunakan nama2 sebegini.. gunalah nama yang telah Allah sediakan.. sesungguhnya, apabila kita meletakkan Allah pada tempat tertinggi dan memberikan cinta yang tertinggi, sudah semestinya, kita menggunakan nama-nama yang agung untukNya.. :)

mungkin memang bukan niat kita untuk meletakkan sifat2 tertentu, mungkin kita faham tentang apa yang kita cuba sampaikan, tetapi, kita perlu ingat,, tidak semua orang mempunyai pemirikan seperti kita,, tidak semua orang memahami apa yang kita faham.. maka lebih baek kita berhati-hati.. nanti ada pulak orang yang membayangkan bahawa cemburu Allah itu sama seperti cemburu manusia walhal cemburu Allah itu lain dan tidak sampai di pemikiran manusia..,


INGAT!!!  TIADA SIAPA BOLEH MEMBAYANGKAN SIFAT ALLAH, KECUALI APA YANG TELAH ADA DALILNYA.. 


saya ada terbaca tentang artikel ini.. dan ini quotenya: 


"Kalau memang tasbit dari Al-Qur'an atau Al-hadith berkenaan sifat Allah maka tidak mengapa,kalau tidak ada,elok dihindarkan,bimbang kalau-kalau termasuk dalam golongan yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, iaitu "mereka yang mengatakan tentang Allah apa yang tidak mereka ketahui. "


JOM!! amalkan asma ul husna.. :)

0

sekadar memberi teguran dan pendapat.. wallahua'lam.. 


p/s: di serata dunia sekarang, menjadi trend tudung turban atau pown tudung "hana tajima".. mungkin kita boleh menilai, sama ada trend itu mengikut syarak atau tidak.. sama ada trend itu benar2 menutup aurat seperti mana yang telah dilandaskan dalam garis panduan Islam.. trend tidak semestinya kita ikut.. kerana takut2 kita terjerumus jauh dari perkara yang benar.. nauzubillah