Sunday, November 11, 2012

sakit

Assalamualaikum,

Indahnya bila diri sentiasa diingati-Nya.. 
diberi peluang untk merasa akan kehadiran-Nya. 
diberi ujian agar sentiasa menginngati-Nya..

beberapa hari lepas, di hospital tempat saya belajar, sedang saya dan aynn berjalan menuju pharmacy, dua wanita muda kelihatan tersenyum manis.. salah seorg dari mereka bersuara 

wanita: "boleh saya bertnya, wujud x satu hari di masa hadapan, di mana pada waktu itu tiada penyakit dan tiada lagi sakit?"

agak terpingga2, kami berdua, dengan keadaan kesihatan saya yang sememangnya kurang stabil, agak kaget kami.. 

kami:  "tak mungkin wujud, kerana saket itu akan mendekatkan diri kita dengan Tuhan" 
wanita: "waktu sihat pown patut ingat Tuhan kan?"
kami: "memang setiap waktu kita patut ingat Tuhan, cme sakit itu akan menyebabkan diri kita lebih dekat dengan Tuhan"

wanita tadi senyum dan berlalu pergi.. kami bergegas ke pharmacy.. beli beberapa ubat utk demam, batuk, immunity dan juga selsema..
saya secara peribadi amat selesa dengan ubat selsema di sini, datang dalam bentuk spray, senang diguna dan efektif.. iklan sekejap.. hehe

akhirnya, dengan izin dan kuasa Allah, beserta dengan usaha makan ubat, saya beransur sehat.. alhamdullilah.. tapi ade beberapa manusia terkena jangkitan dengan saya.. afwan.. =_=, saya x sengaja

tiba2, satu hari, jam 4 pagi, tersedar dari enak mimpi, saket.. saket yang amat sangat.. kaki membawa diri ke bilik air.. terduduk, sambil tangan dan kaki sejuk dan terketar menahan saket.. macam2 saya fikir.. mungkinkah peritonitis? absolute indication utk surgery tu.. =_= ok saya cemas.. mungkinkah perforation by ulcer? sejak bila plak ade ulcer? ok, x mungkin.. atau mungkin appendicitis? eh, saketnye kat bahagian left bukan right.. hurm.. bermulalah episod differential diagnosis saya selama setengah jam..

ye, macam2 saya fikir, terfikir jugak untuk call 03 dan diri sudah redha utk atrabot jika terpaksa buat emergency operation atau laparoscopy, endoscopy.. tapi saket itu tetap ada.. jam 5 pagi, saya kembali ke dalam bilik. memandang analgesic atas meja.. refuse utk makan.. saye tidur.. jam 7 bangun utk bersiap ke sekolah..

di dalam kelas, pain score sudah menurun dari 8 menjadi 1.5.. tapi konsentrasi sedikit terjejas.. tangan agak mengeletar, saya cuba memegang pen dengan kuat agar dpat salin nota cikgu yang cakap sangat laju.. 

balek dari kelas, saya terbaring lesu.. saket, ya Allah, saket apekah ini.. kenapa? kenapa? macam2 persoalan terbentuk di ruang pemikiran.. tiba2, terbaca tweet : 




huh, baru nak ingat! saket itu penghapus dosa! ya Allah, alhamdulillah.. sy tersenyum sorang2, walaupun saket, tapi ini menghapus dosa.. 

 Dia menghantar sesuatu agar kita sentiasa mengingati Dia..



malam tu, saya terjaga beberapa kali.. tapi kali ini di benak pemikiran saya.. ini penghapus dosa-dosa, jangan cepat mengeluh.. analgesic diambil.. alhamdulillah..

apabila diri terasa sedikit jauh dengan ya Rab, ada sahaja caraNya untuk kita dekatkan diri dengan Dia.. dan Dia lah maha perancangan sesuatu.. :)


saket juga mampu membuatkan sesorang itu untuk mengingati mati.. sungguh mati itu dekat.. dan sungguh, orang2 yang pintar adalah orang yang selalu mengingati mati.. 

Thursday, November 8, 2012

lupa kawan

Assalamualaikum,



kadang2, terasa hati ni kosong, 
terasa seperti ada ruang yang x terpenuhi,
mungkin kerana terlalu leka dengan dunia?
mungkin juga lupa tentang cinta yang esa?
Allah, Allah, Allah, bawalah aku kembali..

mungkin diri ini terlalu sibuk, terlalu rasa senang, sampai terlupa tentang kepentingan sahabat..
sahabat, ye saya mempunyai ramai kawan, kalau hendak dibilang x terbilang.. :) mungkin sampai infinity? oh saye tipu.. haha

kawan2 saya ramai, tpi yang rapat tu x de la seramai mane.. :) cme bila tiba masa dan waktu tertentu, kami terpisah.. sampai lame x contact each other.. sampai ade di antara mereka yang beranggapan bahawa saya sudah melupakn mereka.. ya Allah, tidak pernah terlintas di ruang hati kecil saya ni untuk lupakan kawan.. saya masih ingat nama2 penuh mereka, umur mereka (of course la kan, sbb same umur hahaha, ;p), adek beradek mereka, makanan fevret.. semua lah.. :) crush2 mereka pown saye igt lagi.. heheee..

dah 21 tahun hidup di bumi Allah ni, diakui separuh daripada perjalanan saye bertemankan para sahabat yang tidak putus memberikan sokongan pada setiap tindakan saya.. alkamlumlah, pelajar asrama dari tingkatan satu.. :) sampailah sekarang, hidup dalam rumah di volgograd dengan kawan2 yang diri ini sudah dianggap seperti darah daging mereka sendiri.. 

Alhamdulillah.. insyallah, dengan izin Allah, manakan mungkin saya akan lupakan sahabat saya, merekalah yang singgah membawa gelak tawa, air mata, keriangan di jiwa ini.. :)


sahabat2 saya, saya sayangkan kalian semua, perempuan, lelaki, tua, muda, relative, non-relative, pernah atau tidak pernah bersua muka..

 saya sayang anda semua kerana Allah.. kerana ukhuwah antara kita semua x kan pernah terjalin tanpa izin-Nya.. :) 


di hati ini, di setiap denyutan nadi ini, sahabat2 semua sentiasa berada dalam ingatan.. tegurlah saya if terjumpa kat mane2, cuit je bahu, panggil name kuat2 ke.. :) barulah boleh lepas rindu.. ehek.. :p 

saja letak gamba nie sbb panda2 sekalian memang comel

saya jarang bertegur sapa dengan anda bukan kerana saya tidak mahu ataupun sudah lupakan anda, tapi kadang2 diri terasa janggal untuk mengorak langkah, ye, saye manusia biasa yang kadang2 over malu.. haha.. :D

my frens, entri panjang nie untuk anda, anda dan anda!!! :D 

Friday, November 2, 2012

Reflect

Assalamualaikum,

lame dah x menghadap blog nie.. agaknya mungkin ramai da jemu singgah sebb post x bergerak.. even saye pown x singgah blog nie dah dekat setengah tahun.. :) 

agak susah utk istiqamah terhadap sesuatu perkara.. iya, memang betul.. mungkin susah utk istiqamah terhadap mende yg besar, contoh, this blog, tpi lagi senang utk istiqamah kat bende kecik as twitter.. haha, just saying.. :D btw, betul, Allah sendiri menyukai org yg istiqamah walaupun kecil perkara itu.. 

reflect diri.. relax diri? no no no, reflect, bukan reflex.. itu subject neurology.. =_= 
serious, reflect.. 
asyik merungut, berkata2, membanding2kan kebolehan.. itu kelebihan manusia daripada makhluk laen.. mereka selalu nampak semua perkara yg tidak sempurna, dihighlight2 perkara tu.. tapi perkara baek, syukur, jarang sekali nak ingat..

reflect diri, kadang2 perlu.. amat perlu.. merungut kelas balek lambat, merungut peririf pendek, merungut cikgu skema, merungut homework banyak, merungut sikit cuti..
STOP IT!! 
pernah x kita duduk dalam selimut, tutup mata, n fikir.. 

-kelas balek lambat=cikgu bersemangat nak turunkan ilmu, bersemangat nak kasi kita semua pndai, pernah kita fikir?
-peririf pendek=cikgu sanggup korbankan masa rehat demi nk mengadap kita nie, semata2 nak mudahkan masa depan kita, bukan masa depan cikgu tu.. pernah kita fikir?
-cikgu skema= cikgu sanggup korbankn kehidupan dia dengan keluarga, dengan minat dia, semata2 untuk betol2 mendalami profession dia demi kita! kita as a student! and dia jadi skema spaya kita build rasa hormat kat dia, spaya kita lebih tekun belajar.. pernah kita fikir?
-banyak homework=cikgu kasi kita h/w yg byk sbb x nak kita bazirkan masa dengan mende2 yg akan mnybbkn kita leka n lupa tntg ap yg kita da belajar dan sebgai satu wadah untuk uji kaji.. pernah kita fikir?

kita, or lebey tepat, saya, asyik merungut sahaja.. patutkah? perlukah? PERLU? 
tidak, sepatutnya, saya perlu bersyukur dengan semua nie.. :) Allah telah berikan kita peluang, sepatutnya digunakan dengan sepenuhnya, bukan dengan merungut dan sambil lewa.. :)

#reflect diri.. jom tingkatkan prestasi, demi Allah. :)